Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 February 2018

Dewa Apollo Pun Berlakon Jugak

Bhai/DeeDee semua...

Baru la lu orang tahu yang Dewa Apollo pun pandai berlakon jugak... Hahaha... zuhud la konon... konon Dewa Apollo ni lagi zuhud dan abid dari Dewa Zeus.... hahaha...

Hamba jelat dok puji lah Dewa Apollo ni... tapi rupanya semua itu hanyalah fatamorgana....

Padan muka lu orang yang kaki sembah Dewa Dewa ni.... hahaha... gua dah tahu lama dah... dah bagitau lu orang lama dulu aaa.. Dewa Dewa ni semua kita patut gantikan dengan Vending Machine.... buang masa simpan banyak-banyak...  tinggalkan satu ja cukup... yang lain simpan dalam zoo atau muzium.... buat display... hahahaha

Hahahaha... padan muka...

06 February 2018

368 ILA

Bhai/DeeDee semua....

Aper yang gua nak citerkan ni adalah satu benda yang akan menjadi panas dalam masa sebulan dua lagi ni.... dan memang akan jadi panas biler rakyat mula dapat cerita ni....  Dan ianya memang akan menyebabkan ader pihak yang akan goyah.... dan berkemungkinan perkara ini akan dibatalkan setelah dari pendedahan ini....

Untuk pengetahuan lu orang semua.... INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) ader 6 kampus yang terletak di Selangor (Bukit Kiara), Kedah (Sg Petani), Terengganu (Kemaman), Johor (Kluang). Sabah (Tuaran) dan Sarawak (Kota Samarahan). Lokasi semua kampus ini memang strategik dan tanahnya bernilai tinggi pada harga komersial.

Gua dimaklumkan bahawa ada pihak tertentu telah mencadangkan supaya 3 kampus INTAN digugurkan dari menjadi aset Kerajaan Malaysia dan ianya akan diletakkan dibawah inisiatif penswastaan. Ianya dijangka akan diubah statusnya pada bulan Mac 2018. Kakitangan INTAN di 3 kampus ini akan diberikan pilihan sama ada meletak jawatan atau kekal dalam perkhidmatan (yang akan diserapkan secara lantikan kontrak selama 2 tahun) dalam pentadbiran baharu.

Tiga kampus INTAN yang telah dikenalpasti akan diubah statusnya adalah;


  1. INTAN INTURA (Kampus Wilayah Utara - Sg Petani Kedah)
  2. INTAN INTIM (Kampus Wilayah Timur - Kemaman Terengganu)
  3. INTAN IKWAS (Kampus Wilayah Selatan - Kluang Johor)
Persoalannya....

Ketiga-tiga kampus INTAN ini terletak di lokasi bernilai komersial dengan keluasan tanah setiap satu kampus adalah lebih dari 10 hektar. Dan program penswastaan ini khabarnya akan melibatkan keseluruhan aset boleh alih dan tidak boleh alih.... Dan ini akan menyebabkan pemindahan milikan aset tanah yang bernilai jutaan ringgit.

Siapakah atau pihak manakah yang akan membuat untung besar dalam program penswastaan ini dengan kos pemilikan pada kadar paling nominal? Sebab kalau sekadar hendak buka pusat Institut Latihan tidak perlulah kepada kawasan yang seluas ini bagi setiap kampus

Ini belum lagi dikira prasarana infrastruktur yang telah siap dibangunkan sama ada dari segi kemudahan penginapan, latihan mahupun utiliti. Gua difahamkan pembekalan komputer dan peralatan pejabat di INTAN masih dalam kontrak tender yang sepatutnya akan tamat dalam masa dua tahun lagi. Bagaimana kontrak tender pembekalan ini akan diuruskan. Tidakkah sepatutnya pihak yang membekalkan diberikan taklimat lebih awal?

Alasan yang JPA serta MAMPU berikan bagi menjustifikasikan urusan penukaran status ini adalah atas sebab ada 368 ILA (Institut Latihan Awam) di Malaysia yang dikendalikan sendiri oleh pelbagai Agensi Kerajaan yang menyebabkan pertindihan kemudahan latihan yang agak ketara. Jabatan Penjara ada ILA mereka sendiri, Jabatan Bomba ada ILA mereka sendiri, APMM pun ada ILA mereka sendiri, PDRM pun ada..... RISDA, FELCRA, FELDA dan segala macam mak nenek semua ader ILA mereka sendiri....

Tambahan lagi yuran kursus di INTAN bagi kakitangan awam hanyalah sekadar RM30 bagi setiap kursus yang perlu dibayar sendiri oleh peserta kursus. (yang mana ianya akan dibayar kembali setelah urusan tuntutan oleh kakitangan awam dibuat di jabatan mereka sendiri). Nilai yuran ini dikhabarkan tidak pernah disemak sejak lebih 15 tahun dahulu.

Oleh itu....

Siapakah yang akan untung? Pihak manakah yang akan buat duit besar? Semua kos ini akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia secara umumnya... Bulan Mac hanya tinggal beberapa hari sahaja....  


Hehehe ...... masyuk....

04 February 2018

Patut Abdul Hadi Awang Masuk Maharaja Lawak ....

Bhai/DeeDee semua...

Untuk kesekian kalinya.... Gua nak bagitau yang gua respek ilmu berkaitan Agama yang Abdul Hadi Awang ader..... Cuma yang gua tak respek dier adalah dari segi politik dan sedikit peribadi dier.... Hahaha.... Gua tau walaun cukup hangin ngan gua... sejak dari kes kat Masjid Rusila lagi.... Hahaha

Wei.... paling cikai sebulan sekali mesti gua akan solat di Masjid Rusila..... tapi walaun sure tarak perasan punya... Hahaha.... yer la... aper la sangat ngan walaun..... Hahahaha

Tak puas hati ker??? Hahaha... keahlian gua dalam PAS tak pernah dibatalkan aaa...... ader paham.... gua dah join sejak 1985 lagi aaaa..... Hahahaha

Okeh... dah melalut banyak nih..... hahaha

Yang gua nak citer nih aderlah pasai kenyataan Abdul Hadi Awang yang katanya dier kritik dan komen serta menegur gak pasai 1MDB..... hahaha.... tapi semuanya secara tertutup..... Hahaha... tertutup lah sangat.... Hahaha..... alasannya konon PAS adalah pembangkang yang menasihati,.,. dan bukan hanya marah....

Hahahaha.... sembang tak hinggat dunia lah Abdul Hadi Awang ni.... Hahaha..... gua percaya aaa.... semua ni sekadar alasan dan jawapan bodoh ja.... Biler dier jumpa Najib Razak mana ader berani nak sembang benda ni,.... terkulat-kulat ader la.... Hahaha....

Abis kuat pun Abdul Hadi Awang kritik, marah dan komen serta menegur dalam hati ja.... Hahaha.... dalam hati ja bhai..... Hahahaha

Bab dier citer yang dier bising kat dalam Parlimen tu..... jangan la nak tipu semua orang.... Hansard Parlimen kan ader.... semua boleh semak.... Mana boleh padam Hansard tue.... Hahaha.... yang orang tahu.... PAS dan Abdul Hadi Awang hanya sekadar pasu bunga ja dalam Parlimen tue.... hahahaha.... berkecuali.... hahahaha

Gua rasa lebih baik Abdul Hadi Awang masuk Maharaja Lawak .... kot-kot boleh menang Audi Q7 ka.... boleh bagi kat second wife tu gantikan Toyota Fortuner tue.... Hahahaha..... Ini gua rasa aaa.... pasai terlebih Fill Kudha ni...... hahaha

Oh yer.... Walaun aper yang tahu.... pasai tu la Abdul Hadi Awang boleh sembang lebat.... sebab sumber maklumat walaun hanya dari HARAKAH dan website rasmi PAS ja..... Hahaha... tak gitue Nik Amar......

Hahahahahahaha


P/S : Esok kalu free .... gua akan dedahkan satu perkara yang tak kurang hebatnya macam kes MARA Inc dan FELDA ....... keyword dier.... 368 ILA ...... masyuk.... masyuk.... kena rembat sebelum PRU14 .... sesuatu yang boleh goyah Barisan Nasional dan Najib Razak nak jawab...... Hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja